Bukan Kerana Nama

Sunday, July 16, 2023

Apa itu 2pc Live Band, adakah ia sama dengan perkhidmatan Karaoke atau Full Live Band?

 Apa itu 2pc Live Band untuk majlis keramaian?

Kebanyakkan mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat Entertainment 2pc Live Band masih belum memahami konsep persembahan yang di praktikkan oleh pemuzik bebas terutamanya pemuzik yang mengamalkan pengunaan Digital Electronic keyboard.

Mungkin pendengar di luar sana sudah terbiasa dengan perkhidmatan karaoke yang selama ini mendominasi majlis majlis keramaian terutamanya majlis kahwin.Kehahaman mereka tentang karaoke itu mendorong mereka untuk cuba melanggan khidmat 2pc Live Band, Apa kan lagi kebanyakkan pengusaha karaoke sekarang perlu dapatkan permit sebagai syarat untuk mengadakan perembahan karaoke. Bagi mereka 2pc Live Band itu sama seperti karaoke kerana ia adalah satu bentuk hiburan sampingan sebagai pkenceria suasana dalam majlis yang diadakan.


Namun sebalik nya perkhidmatan Entertainment 2pc Live Band sebenar nya tidak sama dengan perkhidmatan karaoke. Dan tidak juga sama seperti full equipment live band. Walau pun 2pc Live Band ini juga satu bentuk hiburan, tetapi ianya berbeza dari segi konsep persembahan. Pengamal  2pc Live Band biasa nya mereka yang terdiri dari pemuzik bebas yang berkemahiran mengunakan alat muzik tertentu seperti Digital Electronic Keyboard,  Saxophone, Piano, Akustik gitar dan lain lain.Pemuzik bebas ini akan membuat persembahan  secara solo tidak melebihi 2 orang anggota. Manakala bentuk persembahan mereka terbahagi kepada dua keadaan dan lokasi iaitu indoor dan outdoor. Persembahan indoor biasanua dibuat  dalam satu ruang khas dan terhad seperti di dalam dewan atau hall yang di sediakan oleh penyewa. Mana kala outdoor pula di satu ruangan yang terbuka. Namun ke dua dua nya itu berkonsepkan persembahan mesra pelanggan dan mengutamakan keselesaan pendengar. Ini adalah kerana kaedah menyelaras sistem alat bunyi telah di tetapkan oleh pemuzik bebas dalam setiap persembahan 2pc Live Band mereka. 

Konsep menyetasikan keadaan mengikut kesesuaian tempat atau lokasi persembahan adalah keutamaan nya.Oleh kerana itu 2pc Live Band hanya 2 orang anggota ahli iaitu pemain keyboard merangkap penyanyi beserta seorang penyanyi perempuan.Hanya 2 anggota ini sahaja yang terlibat semasa persembahan dibuat. 2pc Live Band tidak menyediakan skrin khas seperti karaoke. Tiada sesiapa yang boleh menyampaikan lagu selain dari 2 anggotanya.Persembahan 2pc Live Band 

biasa nya mengunakan kaedah sentuhan lembut, manakala penyelarasan alat bunyi nya berkonsepkan mesra pendengar tidak seperti Karaoke atau Full Live Band.Malah 2pc Live Band juga tidak sama seperti Buskers jalanan.2pc Live Band mengamal kan konsep persembahan yang tersendiri dan praktikal untuk semua golongan.Dan amat sesuai untuk majlis2 keramaian dengan hanya beranggota kan 2 orang ahli sahaja. Sekian penjelasan ringkas untuk kefahaman.

                                                                        


No comments:

Compatible One Man Band Owner. (COMBO)

  Title: Compatible One Man Band Owner (COMBO): Experience the Captivating Solo Performances of Tuah Entertainment 2pc Live Band . Intr...